Friday, May 17, 2013

Info Komuniti PFM


Tarikh tutup pendaftaran dilanjutkan ke 23 Mei 2013.

Friday, April 26, 2013

Info Komuniti PFM

 

Bagi yang berminat untuk menyertai larian klik sini

Wednesday, November 14, 2012

Layar Putra: Istanbul Aku Datang


Ikuti temubual bersama para pelakon pada 20 November 2012, pukul 2:00 hingga 3:00 petang dan sesi bersama peminat sejurus selepas temubual berakhir.

>UPDATE TERKINI: DIBATALKAN OLEH PIHAK PENGANJUR

Thursday, October 25, 2012

Monday, June 18, 2012

IN-CAMPUS MEDIA PARTNER

Come and find yourself amazed by the “magic” of Virtual Reality!

MESCORP 2011/2012 or Multimedia university Engineering Society Overseas Research Programme 2011/2012, brings you:
“MESCORP E’X’POSITION”
An exciting two-day event on the topic, “Stepping into virtual environment: Bridging the gap through Human-Computer Interaction”.

Date: June 22nd (Forum) and June 23rd (Exhibition)
Venue: Multi-purpose Hall (MPH), Multimedia University, Cyberjaya

Buy tickets online at www.mescorp10.com/siteflash/registration.html for RM 15 (early-bird price)
OR at the registration booth during the event for RM20.

Visit us in facebook: “MESCORP 2011/2012”
Our website: www.mescorp10.com

Monday, May 28, 2012


GACC kembali lagi!

Apa itu GACC? GACC, nama singkatan kepada Grand Asian Chess Challenge, merupakan satu pertandingan catur yang bertaraf antarabangsa. GACC sudah lama dikenali oleh peminat dan pemain catur terutamannya dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi di seluruh dunia. Pertandingan ini dibuka kepada semua mahasiswa-mahasiswi dari seluruh dunia. Untuk makluman semua, kali ini merupakan kali ke-16 Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya dengan kerjasama Malaysia Chess Federation(MCF) dan Rakan Muda, menganjurkan pertandingan catur antarabangsa ini.

Matlamat utama pertandingan ini dianjurkan ialah mewujudkan satu lapangan kepada mahasiswa-mahasiswi untuk bertemu dan berkongsi ilmu serta pengalaman bermain catur. GACC dianjurkan juga adalah untuk meningkatkan lagi taraf pemain catur dari pelbagai universiti yang terdapat dalam negara-negara yang berlainan. Selain itu, melalui pertandingan ini, hubungan erat antara pemain-pemain catur ataupun antara universiti-universiti boleh diwujudkan.

Sejak beberapa tahun yang lepas, GACC telah menjadi salah satu pertandingan catur yang dinilai oleh FIDE. Melalui penyertaan acara ini, setiap peserta akan dapat menaikkan kedudukan mereka. Antara gelaran yang sedia ada ialah Grand Master (GM), International Master (IM) dan FIDE Master (FM). Acara ini banyak memperoleh penyertaan dari universiti luar negara termasuk Singapura, Vietnam, Mogolia, Thailand, India, Sri Lanka, Filipina, Iran dan Rusia. Tahun lepas terdapat 3 permain Grand Master dari Iran and Russia. Mereka ialah - Bagheri Amir (Irn), Maletin Pavel (Rus), Nebolsina Vera (Rus) yang bertanding dengan mahasiswa tempatan dan luar negara.

Selain daripada bermain catur, peserta-peserta GACC juga boleh mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain terutamanya dalam kolej kediaman yang disediakan. Ahli jawatankuasa GACC juga akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk mereka. Misalnya, melalui aktiviti “Free Day Outing”, para peserta akan dibawa ke destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Dengan ini, para peserta terutama dari luar negara dapat mendekati dan memahami tradisi dan budaya serta adat resam Malaysia. Pendek kata, GACC merupakan platform yang baik untuk mewujudkan persahabatan antara mahasiswa-mahasiswi dalam dan luar negara, di samping mempertingkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di dunia.

Kalau anda seorang mahasiswa yang gemar bermain chess, datanglah ke Universiti Malaya pada 5 Julai (Khamis) hingga 10 Julai (Selasa) 2012 untuk pertandingan catur bertaraf antarabangsa, Grand Asian Chess Challenge (GACC) yang melibatkan mahasiswa mahasiswi dari Universiti tempatan dan luar negara.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, tarikh akhir pendaftaran ialah 25 Jun 2012. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web GACC iaitu di www.gacc-chess.com dan untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Mr. Chua Chun Kwang (GACC Director)
HP no : 012-7466554
gacc16@gmail.com

Ms.Rachel Chong Huimin (Public Relation Director)
HP no : 017-3281292
gacc16.pr@gmail.com

(Sumber disunting dari GACC)

Thursday, December 15, 2011



"In-campus Media Partner" of MESCORP 2011/2012

Friday, September 23, 2011

Sertai kami!

sebagai penyampai radio pelajar, sila layari web Putra FM untuk maklumat lanjut.

Tuesday, August 23, 2011

NOTIS

Dimaklumkan siaran rancangan Putra FM akan dihentikan untuk sementara bermula pada 29 Ogos sehingga 2 September 2011 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan akan kembali bersiaran seperti biasa mulai 5 September 2011.

Dalam tempoh tersebut pendengar boleh mengikuti web streaming Putra FM dengan alunan lagu-lagu pilihan terbaik dari kami.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pendengar Radio Kampus UPM.

Sekian dimaklumkan.


Penerbit Rancangan
22 Ogos 2011

Tuesday, August 16, 2011

Jom sertai Peraduan Novel Cinta Pandang Ke 2 Laila Kamilia

Untuk menyertai peraduan novel CPK2 ini sangat mudah.


SYARAT UTAMA:


1. Dapatkan novel Cinta Pandang Ke-2 di pasaran.

2. Jawab soalan berikut:
i. Namakan sekolah menengah Ainnur dan Zairul.
ii. Berikan nama tasik di Newcastle, UK yang disebut dalam novel ini. 
iii. Berapakah nilai wang yang dibayar Zairul bagi  membebaskan Ainnur dari tahanan di Phuket?

3. Sertakan slogan: “Saya meminati watak ........... dalam Cinta Pandang Ke-2 kerana ...... (tidak lebih  dari 15 patah perkataan).

4. Hantarkan jawapan dan slogan anda beserta nama penuh, nombor kad pengenalan (NRIC),  alamat rumah, alamat emel dan nombor telefon ke emel lailakamilia@yahoo.com (Letakkan Subject: Peraduan Cinta Pandang Ke-2)

5. Tarikh tutup penyertaan pada 16 September 2011.

6. Pemenang akan dihubungi oleh Laila Kamilia untuk penebusan hadiah.

SYARAT TAMBAHAN

1. Peraduan ini terbuka kepada SEMUA pembaca yang telah membaca novel CPK2 tidak kira di mana jua anda berada di muka bumi ini.

2. Jawapan yang tepat mesti diemel dan sampai sebelum jam 12 tengah malam tepat pada 16 September 2011.

3. Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 

4. Jika terdapat lebih dari seorang pemenang, pemenang utama adalah berdasarkan slogan terbaik.

5. Hadiah boleh dituntut daripada penganjur setelah pengumuman rasmi dibuat pada 23 September 2011. Sila beri masa kepada penganjur untuk menguruskan hadiah. 

6. Bagi hadiah utama, kekosongan bilik hotel adalah bergantung kepada hotel berkenaan. Pemenang boleh memilih salah satu hotel  tersebut tetapi tarikh muktamad dan pemilihan hotel adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Pemenang hadiah utama juga dikehendaki menghantar nama hotel yang dipilih beserta 3 tarikh pilihan kepada penganjur sekiranya diumumkan sebagai pemenang. Tempahan juga perlu dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penginapan dan tarikh terakhir penginapan mestilah tidak lebih dari 1 Mac 2012.

7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit tetapi penganjur berhak menukarkannya dengan hadiah yang  sama nilai dengannya.