Sunday, January 10, 2010

Merancang Percutian Terbaik

Bagi yang gemarkan percutian, merancang percutian adalah sesuatu yang agak memenatkan. Ada banyak perkara yang harus diambil kira selain dari harga tambang ke destinasi tersebut. Tempat penginapan merupakan perkara kedua yang penting selepas mendapatkan tambang murah sesuatu perjalanan. Tidak kira jika anda mahukan hotel mewah 5 bintang, atau sekadar hotel sederhana 3 bintang mahupun asrama sebagai pelancong back packers, penginapan menjadi pokok utama percutian. Setelah penat berjalan-jalan melihat pemandangan atau tarikan pelancong pastinya tubuh yang lesu memerlukan rehat yang secukupnya untuk kita memulakan pengambaraan baru keesokan harinya.

Namun bila hendak menempah hotel, macam-macam juga yang kena ambil kira. Hotel A harga murah tapi lokasinya jauh dari kawasan tarikan pelancong. Hotel B dekat, tetapi mahal pula. Hotel C agak jauh tetapi beri sarapan percuma dalam tarif sewanya tetapi adakah kita memerlukannya. Hotel D pula murah, dekat tetapi masalahnya penuh pula pada tarikh yang kita kehendaki. Kesimpulannya jika kita harus membuka satu-persatu laman web hotel-hotel di satu-satu destinasi, memang satu hari tidak cukup untuk kita membuat keputusan tepat berpadanan dengan bajet. Ada beribu-ribu tawaran hotel yang sukar untuk kita membuat pilihan!

Tetapi laman web ini memang bagus kerana ia memang memudahkan pengguna. Sebagai laman web bebas yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penggunanya, laman web ini membantu kita mengenalpasti hotel terbaik di seluruh dunia dengan bajet dan keselesaan kita. Antara lain yang ditawarkan oleh HotelsCombined adalah :

1-Meninjau dan membuat perbandingan harga ke seluruh laman web hotel-hotel dan lain-lain laman web kembara dan memberikan kita harga termurah yang ditawarkan.
2-Kita boleh membaca ulasan kembara yang ditulis secara bebas oleh pelancong-pelancong lain.
3-Klik dan bayar terus ke laman web hotel atau web kembara pilihan kita.
4-Aplikasinya mudah digunakan dan yang paling utama ianya PERCUMA.

Kerana suka mengembara, saya menggunakan laman web ini untuk mencari hotel semasa merancang percutian saya ke mana-mana di seluruh dunia. InsyaAllah pada masa-masa akan datang entri Pelancongan di dalam web ini akan kembali aktif. Bagi yang ingin merancang percutian di dalam negara ataupun di luar negara, mungkin laman web ini dapat memudahkan rancangan anda. Selamat bercuti.

Lawati HotelsCombined.com untuk maklumat lanjut.


Share

Oleh: Laila Kamilia, Berlin, Germany

Saturday, December 26, 2009

Kegilaan Baru Dunia Cyber - Facebook!

Facebook telah mengumumkan bahawa jumlah penggunanya telah mencecah 350 JUTA! Satu angka yang sangat tinggi untuk laman web yang baru sahaja berumur 5 tahun sejak diasaskan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg (Zuckerberg adalah nama dalam Deutsch bermaksud "Gunung bergula") pada 4 Februari 2004.

Zuckerberg mencipta laman web Facebook ketika beliau belajar di Harvard University untuk rakan2 di universitinya berhubung. Ketika itu web itu cuma terhad untuk pelajar Harvard University sahaja, namun populariti laman web tersebut telah berkembang ke kolej dan universiti lain sekitar US dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.


Antara Fakta Menarik Facebook

Nama asal web tersebut ialah Facesmash

September 2008 Business Weeks mentaksirkan Facebook bernilai antara USD3.5 billion ke USD5 billion!

Yahoo!, Google dan Microsoft pernah berusaha untuk membeli Facebook secara tetapi tidak dijual oleh pengasasnya.

Seorang jutawan tidak dikenali pernah menawarkn USD750 juta untuk memiliki Facebook tetapi ditolak.

Facebook diblok di beberapa negara seperti Syria, Iran dan Vietnam.

Domain Facebook dibeli dengan harga USD200,000

Setiap hari purata 24 juta gambar diupload ke Facebook

Penangan facebook memang sukar dibuang. Hari-hari tanpa membuka laman web tersebut seakan hari tanpa televisyen agaknya. Namun kalau diambil yang positifnya juga banyak. Dengan facebook kita dapat berhubung semula dengan kawan sekolah rendah yang tidak pernah ditemui berpuluh tahun, sejak tamat sekolah rendah dahulu. Dengan facebook juga kita dapat dengar keluhan isihati rakan-rakan, dapat reunion dan lain-lain manfaatnya.

Macam-macam versi cerita yang kita dengar tentang Faceook. Tentang pemiliknya sebagai orang Yahudi. Tentang maklumat peribadi kita yang mudah diceroboh dan macam-macam lagi. Kita juga ada mendengar tentang bagaimana seorang ayah menjadi remaja di dalam Facebook kerana dikelilingi anak-anak remaja sebagai teman-temannya. Begit juga isteri yang curang kerana terjumpa kekasih lama di dalam Facebook. Atau anak remaja terjebak dalam kancah maksiat kerana didorong oleh teman Facebook. Minta dijauhkan Allah diri kita dari segala fitnah dan perkara yang menyesatkan.

Namun kalau kita pandai memanfaatkan facebook, Insyallah bermanfaatlah ia untuk diri kita. Cuma, jangan terlalu taksub dengan aplikasi yang kadang-kadang banyak membuang masa kita. Carilah yang positif dalam laman web tersebut untuk kehidupan kita di masa kini dan bekalan akan datang.

Selamat berFacebook.
-Laila Kamilia von Berlin, Germany
http://lailakamilia.blogspot.com

Wednesday, December 16, 2009

Selamat datang Dj baru Putra FM

Putra FM mengucapkan selamat datang kepada penyampai radio putra fm yang baru, iaitu Sdr Mohd Hazwan Bin Othman.

Thursday, October 22, 2009

Syabas Calon Uji Bakat DJ Putra FM yang berjaya

Putra FM mengucapkan tahniah kepada calon uji bakat yang berjaya untuk pengambilan semester 2, 2009/2010.Kepada yang tidak berjaya, teruskan menyokong dan mendengarkan Putra FM. Berikut nama calon yang berjaya ;

1. Siti D’zaleha Sahiron 141669
2. Nazurah Zairol Hisham 155139
3. Masliza Che Omar GS23147

4. Siti Rahmah Mustafa 154310
5. Mohd. Syawal Aman 152938
6. Christine Anysha Paul 152421

7. Kevin Eugene Ong 148800


Friday, August 7, 2009

Putra FM @ Pesta Konvo UPM ke-33

Temui kami di tapak pesta konvo UPM dari 7-9 Ogos 2009 (9 pagi - 6 petang).

Menangi hadiah yang menarik daripada kami dengan menyertai pelbagai kuiz di samping melawat pelbagai gerai jualan barangan dan makanan.

Jumpa anda di sana...

Monday, April 20, 2009

Pesta Buku Kuala Lumpur 2009 Datang Lagi!

Bermula 17 April lalu, masih berkesempatan lagi untuk berkunjung ke PWTC hingga 26 April ini!

Tuesday, April 7, 2009

Informasi Terkini

Dengarkan Putra FM di frekuensi 90.7 :

1. Bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
(Kempen penghantaran Borang Nyata Cukai BE dan B)

Tarikh : 9 & 16 April 2009 dan 7 & 14 Mei 2009
Masa : 11 pagi hingga 12 tengah hari
Slot : Cit Cat Komuniti Serdang (CCKS)


2. Bersama Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), UPM
(Bersama usahawan yang berjaya di bawah program kendalian APEEC)

Tarikh : 7, 14, 21, 28 April; 5, 12, 19, 26 Mei dan 2, 9 Jun 2009
Masa : 12 tengah hari hingga 1 petang
Slot : Putra Agro


Sebagai alternatif, dengarkan Putra FM menerusi siaran web streaming

Friday, March 13, 2009

Penyampai Radio Pelajar - Latihan Percubaan

Tahniah kepada pelajar berikut yang telah berjaya diterima masuk sebagai penyampai radio (latihan percubaan):

1. Zubir b. Bujang (Bahasa Melayu)
2. Fadzril Izwan b. Jamaludin (Bahasa Melayu)
3. Fatin Najlaa bt. Malik (Bahasa Melayu)
4. Areej bt. Mohd Taufik (Bahasa Melayu)
5. Ahmad Syazwan b. Ahmad Jamaludin (Bahasa Melayu)
6. P. Vishuvaroobini (Bahasa Inggeris)

Selamat menjalani latihan.

Tuesday, February 24, 2009

IKLAN PENGAMBILAN PENYAMPAI RADIO(PELAJAR)

IKLAN PENGAMBILAN PENYAMPAI RADIO(PELAJAR) UNTUK
BAHASA MELAYU DAN INGGERIS.


Selangor FM saluran UPM (Putra FM) ingin mempelawa kepada pelajar yang berbakat untuk menyertai sesi ujibakat sebagai penyampai radio berbahasa Melayu dan Inggeris di radio kampus UPM.

SYARAT

Pelajar hendaklah memenuhi syarat seperti berikut:-

*Warganegara Malaysia.
*Pelajar UPM sepenuh masa
*Kelulusan CGPA 3.0 dan ke atas semasa permohonan (semestar 1 dikecualikan)
*Boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
*Berwatakkan ceria dan berkebolehan berinteraksi degan semua lapisan pendengar
*Mempunyai kredibiliti dan komitmen yang tinggi
*Berdikari dengan pengawasan yang minimum
*Bersedia untuk bertugas mengikut jadual yang ditetapkan

SKOP KERJA

Bertugas sebagai penyampai radio berbahasa Melayu atau Inggeris dan menjalankan tugasan saebagai wartawan penyiaran.

TARAF JAWATAN

Lantikan menerusi Skim Khidmat Pelajar

CARA MEMOHON

Sila daftar maklumat peribadi menerusi
*Telefon 03-89468801
*E-mel (putrafm@fbmk.upm.eduy.my)
*Hadir ke Stesen Radio Putra FM, Tingkat 2, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

*Resume beserta sekeping gambar berukuran pasport tidak dikembalikan) dibawa ketika sesi ujibakat
*Calon yang layak akan dihubungi untuk sesi ujibakat dan temuduga

*Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Hazri Zakaria di talian 03-89468801.

PENGAMBILAN ADALAH TERHAD !