Tuesday, August 10, 2010

Update: Kakitangan Putra FM

Tahniah kepada Cik Noraini Ab Samad di atas pelantikan beliau sebagai Penerbit Rancangan (B17) di Putra FM.

Selamat bertugas.

Wednesday, July 28, 2010

Monday, July 26, 2010

Antologi 10 Penyair Dunia

Majlis pelancaran antologi ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tempat : Bilik Seri Amar, FBMK, UPM
Tarikh : 5 Ogos 2010
Masa : 10:00 pagi-12:00 tengah hari

10 penyair tersebut adalah:

Peter Horn (S. Africa), Kazuko Shiraishi (Jepun), A Samad Said (Malaysia), Dr. Lee Kuie Shien (Taiwan), Ahmad Kamal Abdullah (Malaysia), Germain Drogenbroot (Belgium), Manfred Chobot (Austria), G Mend Ooyo (Mongolia), Tobias Burghagrdt (Germany), Sudeep Sen (India).

Seluruh warga UPM dan peminat puisi dijemput untuk menyaksikan majlis pelancaran ini di samping diperdengarkan dengan persembahan puisi.

Nota: Sesi temubual di Putra FM akan berlangsung pada jam 2:00 petang pada tarikh yang sama bersama Aminur Rahman (Dhaka).

Monday, July 12, 2010

Rakan Rancangan Terkini


Putra FM mengalu-alukan Rakan Rancangan terbaru kami iaitu 2crank.com, laman web muzik indie tempatan.

Dengarkan Muzik Ikon pada setiap hari Rabu minggu ketiga bermula 14 Julai 2010 hingga 15 Disember 2010, pukul 9 malam.

Semestinya hanya yang terbaik di Suara Kampus Terkini!


Wednesday, July 7, 2010

Khusus Untuk Pelajar UPM

Selamat Datang Pelajar Baharu UPM

Tahniah kerana anda terpilih untuk mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia. Semoga anda akan beroleh kejayaan dalam pelajaran.

Jadikan Putra FM sebagai tempat untuk anda mendapatkan ilmu dan juga pengetahuan di samping berhibur dengan lagu pilihan terbaik kami.

Suara Kampus Terkini...

Wednesday, June 23, 2010

Layar Putra - Filem Zoo

Filem terbaru yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia iaitu filem Zoo akan menemui peminat filem tempatan pada 1 Julai 2010. Filem bergenre komedi aksi ini membariskan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Azlee, Bob Lokman, Angah Raja Lawak dan ramai lagi.

Dengarkan Layar Putra pada 30 Jun 2010, pukul 8 malam untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini di Putra FM 90.7 atau mms://pfmstream.upm.edu.my/pfm

Kredit gambar : Sinema Malaysia

Tuesday, June 8, 2010



Putra FM akan turut serta memeriahkan program Recycling Rally di Panggung Percubaan, UPM pada 10 Jun 2010, pukul 9:00 pagi-12:00 tengah hari. Jumpa kami di sana...

Update: Kakitangan Putra FM

Putra FM mengalu-alukan kehadiran Cik W. Noorshazwanie W. Muhamad yang dilantik sebagai Penerbit Rancangan B27 berkuatkuasa mulai 8 Jun 2010.

Selamat bekerja,semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Radio Kampus UPM