Friday, March 13, 2009
Penyampai Radio Pelajar - Latihan Percubaan
1. Zubir b. Bujang (Bahasa Melayu)
2. Fadzril Izwan b. Jamaludin (Bahasa Melayu)
3. Fatin Najlaa bt. Malik (Bahasa Melayu)
4. Areej bt. Mohd Taufik (Bahasa Melayu)
5. Ahmad Syazwan b. Ahmad Jamaludin (Bahasa Melayu)
6. P. Vishuvaroobini (Bahasa Inggeris)
Selamat menjalani latihan.
Tuesday, February 24, 2009
IKLAN PENGAMBILAN PENYAMPAI RADIO(PELAJAR)
IKLAN PENGAMBILAN PENYAMPAI RADIO(PELAJAR) UNTUK
BAHASA MELAYU DAN INGGERIS.
Selangor FM saluran UPM (Putra FM) ingin mempelawa kepada pelajar yang berbakat untuk menyertai sesi ujibakat sebagai penyampai radio berbahasa Melayu dan Inggeris di radio kampus UPM.
SYARAT
Pelajar hendaklah memenuhi syarat seperti berikut:-
*Warganegara Malaysia.
*Pelajar UPM sepenuh masa
*Kelulusan CGPA 3.0 dan ke atas semasa permohonan (semestar 1 dikecualikan)
*Boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
*Berwatakkan ceria dan berkebolehan berinteraksi degan semua lapisan pendengar
*Mempunyai kredibiliti dan komitmen yang tinggi
*Berdikari dengan pengawasan yang minimum
*Bersedia untuk bertugas mengikut jadual yang ditetapkan
SKOP KERJA
Bertugas sebagai penyampai radio berbahasa Melayu atau Inggeris dan menjalankan tugasan saebagai wartawan penyiaran.
TARAF JAWATAN
Lantikan menerusi Skim Khidmat Pelajar
CARA MEMOHON
Sila daftar maklumat peribadi menerusi
*Telefon 03-89468801
*E-mel (putrafm@fbmk.upm.eduy.my)
*Hadir ke Stesen Radio Putra FM, Tingkat 2, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
*Resume beserta sekeping gambar berukuran pasport tidak dikembalikan) dibawa ketika sesi ujibakat
*Calon yang layak akan dihubungi untuk sesi ujibakat dan temuduga
*Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Hazri Zakaria di talian 03-89468801.
PENGAMBILAN ADALAH TERHAD !
Monday, January 26, 2009
Friday, November 28, 2008
2 kekosongan sebagai QS di Bahrain
Kepada adik-adik yang berada di dalam bidang QS yang terbaca blog ini, atau sesiapa yang ada kawan yang berminat untuk bekerja di Bahrain sebagai QS, boleh emel resume kepada umi_azrini@yahoo.com...
Nanti saya forward. Bos department dari HQ minta tanyakan. Ada tak Malaysian yang berminat menjadi qs. Fresh graduate pun tak pe… janji kena pandai autocad! Di sini kebanyakan Filipino yang pandai buat measurement guna autocad. Tapi bos department tu prefer Malaysian. Katanya projek Royal! Itu saja yang dia nak, pandai autocad measurement… skill qs lain tu biasalah… buat measurement dari drawing, kena buat BQ… itu memang dah asas QS kan? Gaji? Hehe… I tak tahu… kena submit resume, pastu bincang sendiri!
Komen saya:
Kerja kat Bahrain ni lebih seronok bagi saya sebab boleh balik on-time. Tak perlu stayback sampai malam.. tak perlu datang hujung minggu…. Saya dengar kalau kerja kat Dubai, teruk juga sebab diorang memang kejar dateline… tapi compare kat Bahrain, ramai orang cakap lebih ok sebab tak se-stress di Dubai…(of course gaji kat sana, saya dengar lebih lumayana) tapi harus diingat.. kerja di mana2 pun sama… semua ada masalah sendiri, ok? Orang dah bayar gaji, mesti kerja, mah…
Thursday, October 30, 2008
Tahniah kepada pendengar Bertuah Putrafm!
Tuesday, October 21, 2008
Iklan Perjawatan
Friday, October 17, 2008
Saat Kau Hadir: novel terbaru saya: Sekarang di Pasaran
Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?
Monday, September 29, 2008
Salam Aidilfitri
Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat sampai ke destinasi.
Friday, September 19, 2008
kami masih seperti anda..
pe nk citer ye?? insya-Allah, klu tarak aral melintang, warga putrafm nk wat jamuan cket tuk ahli2 n warganya. yela. da penat men'yumbang'kan sore deme. ni r time nk balas balik. pada dj2 student. keynah, achik-sori slalu sakat ko!!-, n one n only dj bi yang gempak+cun+terer bhse french=ummi... luv ya all. muahh!! untuk adek2 dj yg bru. yg da tue bangka pown... tanak sebot name kome rrh!! tq sososooooooooooo muchxx sbb sudi dtg gerak ke konti wlupon korg pown bz tahap gabus!!~ lalala... wlu ape pown!! syg kome sume!!~
aku masih disini... salam ihya' ramadhan!!~(^_____^)


