Thursday, October 30, 2008

Tahniah kepada pendengar Bertuah Putrafm!

TAHNIAH! Kepada Saudara Zairey yang telah berjaya menjadi pendengar Putrafm yang bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket ke Majlis Softlaunch Novel Tika Rindu Berlalu karya Lily Suriani dan Saat Kau Hadir karya Laila Kamilia. Saudara Zairey akan membawa sahabatnya Saudara Razif ke majlis tersebut yang akan diadakan di Pizza Hut Maju Junction, K. Lumpur pada 10.30 pagi 1 November ini! Tahniah dan teruskan mendengar Putrafm-Suara Kampus Terkini untuk mendengar lagu-lagu hit masa kini. Mana tahu di lain masa anda pula berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang lain!

Tuesday, October 21, 2008

Iklan Perjawatan

Putra FM masih membuka peluang kepada calon yang berminat untuk mengisi jawatan Penyampai Radio (B17) secara sambilan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Putra FM untuk maklumat sepenuhnya.

Friday, October 17, 2008

Saat Kau Hadir: novel terbaru saya: Sekarang di Pasaran


Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?