Wednesday, July 28, 2010

Monday, July 26, 2010

Antologi 10 Penyair Dunia

Majlis pelancaran antologi ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tempat : Bilik Seri Amar, FBMK, UPM
Tarikh : 5 Ogos 2010
Masa : 10:00 pagi-12:00 tengah hari

10 penyair tersebut adalah:

Peter Horn (S. Africa), Kazuko Shiraishi (Jepun), A Samad Said (Malaysia), Dr. Lee Kuie Shien (Taiwan), Ahmad Kamal Abdullah (Malaysia), Germain Drogenbroot (Belgium), Manfred Chobot (Austria), G Mend Ooyo (Mongolia), Tobias Burghagrdt (Germany), Sudeep Sen (India).

Seluruh warga UPM dan peminat puisi dijemput untuk menyaksikan majlis pelancaran ini di samping diperdengarkan dengan persembahan puisi.

Nota: Sesi temubual di Putra FM akan berlangsung pada jam 2:00 petang pada tarikh yang sama bersama Aminur Rahman (Dhaka).

Monday, July 12, 2010

Rakan Rancangan Terkini


Putra FM mengalu-alukan Rakan Rancangan terbaru kami iaitu 2crank.com, laman web muzik indie tempatan.

Dengarkan Muzik Ikon pada setiap hari Rabu minggu ketiga bermula 14 Julai 2010 hingga 15 Disember 2010, pukul 9 malam.

Semestinya hanya yang terbaik di Suara Kampus Terkini!


Wednesday, July 7, 2010

Khusus Untuk Pelajar UPM

Selamat Datang Pelajar Baharu UPM

Tahniah kerana anda terpilih untuk mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia. Semoga anda akan beroleh kejayaan dalam pelajaran.

Jadikan Putra FM sebagai tempat untuk anda mendapatkan ilmu dan juga pengetahuan di samping berhibur dengan lagu pilihan terbaik kami.

Suara Kampus Terkini...