Thursday, February 25, 2010

INFO KOMUNITI : HEBAHAN KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2010 DI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR (PERINGKAT KEBANGSAAN)‏

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menganjurkan Karnival Pendidikan MARA Peringkat Kebangsaan seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 12 - 14 Mac 2010 (Jumaat – Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Bertemakan ‘Jalur Kerjaya Anda’, ia bertujuan memberi :
a. pendedahan maklumat tentang peluang pendidikan khususnya kepada pelajar lepasan SPM/STPM serta orang ramai untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi; dan

b. mengadakan pameran kerjaya dan temuduga terbuka kepada pencari kerja mengikut bidang kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.

Pengisian program:
i. Pameran Pendidikan

Tempat : Ruang Legar Putra, PWTC, Kuala Lumpur
Sasaran : Pelajar tingkatan 4 dan 5, lepasan SPM/STPM, ibubapa dan orang awam
ii. Pameran Kerjaya, Seminar dan Temuduga Terbuka

Tempat : Bilik Mawar, PWTC, Kuala Lumpur
Sasaran : Pelajar-pelajar semester akhir Institusi Pengajian TInggi Awam dan Swasta tajaan MARA, IPMa, pencari kerja dan orang awam.