Tuesday, October 21, 2008
Iklan Perjawatan
Putra FM masih membuka peluang kepada calon yang berminat untuk mengisi jawatan Penyampai Radio (B17) secara sambilan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Putra FM untuk maklumat sepenuhnya.
Friday, October 17, 2008
Saat Kau Hadir: novel terbaru saya: Sekarang di Pasaran
BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.
Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Monday, September 29, 2008
Salam Aidilfitri
Kakitangan Putra FM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UPM dan juga pendengar setia stesen ini.
Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat sampai ke destinasi.
Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat sampai ke destinasi.
Friday, September 19, 2008
kami masih seperti anda..
cm klaka la plak tgk blog putra fm ni wane ijo.. keh3!!~ tapi xmgpa.. sbb at least, masih ada blog ni tuk kami menulus isi2nye. trimas pada sume yg still dgrkan putrafm. pada mmber2, chatterzz2!!~ pada sape2 yg tetibe menegur n buzzz!! ed kat dlm konti 2. even ckp hai pown, ed da amat menghargai sokongan kalian!! hehehe...
pe nk citer ye?? insya-Allah, klu tarak aral melintang, warga putrafm nk wat jamuan cket tuk ahli2 n warganya. yela. da penat men'yumbang'kan sore deme. ni r time nk balas balik. pada dj2 student. keynah, achik-sori slalu sakat ko!!-, n one n only dj bi yang gempak+cun+terer bhse french=ummi... luv ya all. muahh!! untuk adek2 dj yg bru. yg da tue bangka pown... tanak sebot name kome rrh!! tq sososooooooooooo muchxx sbb sudi dtg gerak ke konti wlupon korg pown bz tahap gabus!!~ lalala... wlu ape pown!! syg kome sume!!~
aku masih disini... salam ihya' ramadhan!!~(^_____^)

Monday, September 15, 2008
Iklan Perjawatan
Thursday, August 28, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan
Seluruh warga kerja mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh pendengar Putra FM, semoga amal ibadah kita diterima olehNya.
Tuesday, June 3, 2008
Bon Voyage Putra fm.
aku mengambil kesempatan yang aku rasa perlu aku usulkan disini. selamat tinggal putra fm yang aku jangka telah mengajar aku seribu macam ilmu. mengajar aku erti persahabatan. mengajar aku erti etika kerja. mengajar aku erti kehidupan sebenar. pahit dan manis sudah ku rasa.
ribuan kata ampun dan maaf sekiranya aku pernah terkasar. maafkan aku kalau terlepas kata. segalanya aku minta kemaafan. halalkan ilmu yang pernah dicurahkan.
terima kaseh inginku ucapkan kepada rakan-rakan DJ yang aku ingat pernah bermesra denganku suatu ketika dulu.
- Epul
- Afzan (Nurul)
- Edriana
- Ghadaff
- GG
- Ben
- Kak Iju
- Ummi
- Abg Yus
- Dian
- Rizal
- Mus
- Kinah
kepada staff-staff. aku ucapkan terima kaseh. terutama sekali Abg Naz dan Kamarul. yang banyak mengajar dan bergurau senda dengan aku. aku akan ingat sampai mati.
tidak lupa kepada penerbit. En Hazry. Thanks a lot for giving me this golden chance to be one of the team members.
kepada mereka-mereka yang aku tidak berapa akrab (Big Boi dan sesiapa yang aku lupa sebutkan seperti DJ-DJ baru) aku ucapkan semoga berjaya dengan putra.fm. bergeraklah seiring dengan putra.fm ke mercu kejayaan. aku pernah berada di tempat kamu.segala pahit maung juga pernah aku rasa.
kisah-kisah kita aku tutup dengan hati gembira. moga panjang umur dan jumpa lagi.
-official goodbye-
Thursday, May 22, 2008
KURSUS KEIBUBAPAAN : ANAK ISTIMEWA
Bidang Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jumlah pelajar istimewa di sekolah harian (integrasi ) dianggarkan kira-kira 12, 000 orang dengan bilangan guru seramai 4,000 orang. Data ini menunjukkan bahawa semakin hari semakin ramai pelajar istimewa di Malaysia. Pelajar istimewa ini mencakupi pelajar Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, Hipoaktif, Serebral Palsi Disleksia, Dispraksia dan sebagainya. Jelas ini menunjukkan satu pengurusan yang baik dan teratur demi membimbing anak-anak ini sangat diperlukan. Tanpa ilmu pengetahuan, maklumat dan tindakan yang betul dan wajar kita sebagai guru dan ibubapa mahupun masyarakat sudah tentu akan menghadapi masalah dalam menguruskan anak-anak istimewa anugerah Tuhan ini.
Sampai bilakah kita menjadi tempat mereka bergantung hidup? Sudah sampai masanya kita menggembleng tenaga dan usaha untuk memastikan anak-anak istimewa ini boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan sebaya mereka. Pelajar ini semestinya sudah boleh menguruskan diri mereka sendiri pada masa akan datang.
Oleh itu kursus ini dirangka bagi mencapai objektif yang berikut :
Pendedahan tentang Pendidikan Khas kepada guru, ibubapa mahupun Pembantu Pengurusan Murid juga individu yang berminat mengetahui dunia pendidikan khas dengan lebih mendalam.Menepati cara dan peraturan dalam menguruskan pelajar istimewa.Memberi kesedaran dan perasaan insaf kepada semua warga tentang Pendidikan Khas.
PENCERAMAH
Pegawai Jabatan Pendidikan Khas , Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajuk “ Anak Istimewa Satu Anugerah Bukan Bebanan”
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tajuk : Pengurusan Tingkahlaku
Pegawai Terapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajuk : Terapi Pertuturan
Butiran lain:
Tarikh : 14 hb Jun 2008 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 ptg Tempat : Dewan Perdana , Tingkat 1 , Bangunan Pasukan Briged Tengah PGA , Cheras (Berhawa Dingin).
Yang berminat sila emel Puan Haslina di lailakamilia@yahoo.com . Yuran hanya RM15 (nota, sarapan pagi dan makan tengahari). Sijil disediakan. Tempat terhad kepada 100 peserta sahaja.
"Tuntutlah ilmu hingga sampai ke liang lahad"
Tuesday, May 13, 2008
ehh?? kEnapa plak ni??
Huarghhh!!!!
Citer yang besh tarak tapi mau kongsi jugak!!! Rizal Razak yang sebelom nie, kome cume tau die adalah DJ Student kini udah menjadi staff kami di Putra FM. N aku nk ucapkan slamat datang kepada beliau kerana mahu menjadi team kami yang memang power of sengal. Yeahhh!! huahaha...
by da way...
2 jer citer aku tuk kali nih...
hehe...
citer ini di sahkan untuk di citer n di bacer oleh..
Mr. Potato

Thursday, April 24, 2008
Kuiz Menanti Kasih Norzailina Nordin

Semasa saya menemui novelis tersohor ini beberapa bulan lepas, dia memberitahu saya yang novel terbarunya akan muncul tidak lama lagi. Katanya kali ini Menanti Kasih berlainan sekali sentuhannya dari sentuhan novel sebelumnya. Kiranya kali ini gerenti jiwang karat punya! Ternyata apa yang Kak Lina kata memang benar! Dari komen yang saya dengar dan baca, kali ini novel Menanti Kasih betul-betul menyengat! Kepada yang telah memiliki novel ini, pastikan anda menjawab kuiz yang Kak Lina anjurkan. Lumayan juga hadiahnya. Tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2008. Maklumat lanjut tentang kuiznya sila ke http://norzailina.blogspot.com/ Jangan lupa menyertai kuiz Menanti Kasih ye... Kalau menang boleh shopping sakan. Selamat mencuba!
MENANTI KASIH Harga: RM19.90
Penulis: Norzailina Nordin
Halaman: 528ISBN: 978-983-124-361-9
MENANTI KASIH Harga: RM19.90
Penulis: Norzailina Nordin
Halaman: 528ISBN: 978-983-124-361-9
Sinopsis: PERTEMUAN kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lama-ran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati?Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)