Monday, July 12, 2010

Rakan Rancangan Terkini


Putra FM mengalu-alukan Rakan Rancangan terbaru kami iaitu 2crank.com, laman web muzik indie tempatan.

Dengarkan Muzik Ikon pada setiap hari Rabu minggu ketiga bermula 14 Julai 2010 hingga 15 Disember 2010, pukul 9 malam.

Semestinya hanya yang terbaik di Suara Kampus Terkini!


Wednesday, July 7, 2010

Khusus Untuk Pelajar UPM

Selamat Datang Pelajar Baharu UPM

Tahniah kerana anda terpilih untuk mengikuti pengajian di Universiti Putra Malaysia. Semoga anda akan beroleh kejayaan dalam pelajaran.

Jadikan Putra FM sebagai tempat untuk anda mendapatkan ilmu dan juga pengetahuan di samping berhibur dengan lagu pilihan terbaik kami.

Suara Kampus Terkini...

Wednesday, June 23, 2010

Layar Putra - Filem Zoo

Filem terbaru yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia iaitu filem Zoo akan menemui peminat filem tempatan pada 1 Julai 2010. Filem bergenre komedi aksi ini membariskan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Azlee, Bob Lokman, Angah Raja Lawak dan ramai lagi.

Dengarkan Layar Putra pada 30 Jun 2010, pukul 8 malam untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini di Putra FM 90.7 atau mms://pfmstream.upm.edu.my/pfm

Kredit gambar : Sinema Malaysia

Tuesday, June 8, 2010



Putra FM akan turut serta memeriahkan program Recycling Rally di Panggung Percubaan, UPM pada 10 Jun 2010, pukul 9:00 pagi-12:00 tengah hari. Jumpa kami di sana...

Update: Kakitangan Putra FM

Putra FM mengalu-alukan kehadiran Cik W. Noorshazwanie W. Muhamad yang dilantik sebagai Penerbit Rancangan B27 berkuatkuasa mulai 8 Jun 2010.

Selamat bekerja,semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Radio Kampus UPM

Thursday, May 27, 2010

Info Komuniti PFM : Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 di seluruh negara pada Julai – Ogos 2010 disusuli dengan Penyiasatan Liputan Banci pada pertengahan Ogos – September 2010.

Sehubungan itu, semua isi rumah di Selangor diminta memberikan maklumat setepat mungkin bagi tujuan statistik dan untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di talian 03-5515 0200

Wednesday, May 26, 2010

Album Terkini di Putra FM

Berikut merupakan album/single yang diterima dan dimasukkan dalam playlist Putra FM.


Dengarkan Putra FM menerusi frekuensi FM90.7 atau layari mms://pfmstream.upm.edu.my/pfm

Tuesday, May 25, 2010

Tiket Percuma


Ingin menyaksikan Pertandingan GAH 1 Akhir terbitan RTM di Sunway Lagoon? dapatkan tiket masuk percuma dengan menjadi 5 penghantar SMS terawal dalam rancangan Sampaikan Putra (25 Mei 2010 - pukul 8 malam hingga 10 malam). Dengarkan rancangan ini untuk menyertainya.
- mengikut terma & syarat -