Friday, November 28, 2008

2 kekosongan sebagai QS di Bahrain

Entri ini dicedok dari http://umi-azrini.blogspot.com. Harap dapat panjang-panjangkan. Boleh tolong orang lain dapat rezeki.... Zaman gawat ni mana tahu ada orang yang berminat untuk berhijrah...

Kepada adik-adik yang berada di dalam bidang QS yang terbaca blog ini, atau sesiapa yang ada kawan yang berminat untuk bekerja di Bahrain sebagai QS, boleh emel resume kepada umi_azrini@yahoo.com...
Nanti saya forward. Bos department dari HQ minta tanyakan. Ada tak Malaysian yang berminat menjadi qs. Fresh graduate pun tak pe… janji kena pandai autocad! Di sini kebanyakan Filipino yang pandai buat measurement guna autocad. Tapi bos department tu prefer Malaysian. Katanya projek Royal! Itu saja yang dia nak, pandai autocad measurement… skill qs lain tu biasalah… buat measurement dari drawing, kena buat BQ… itu memang dah asas QS kan? Gaji? Hehe… I tak tahu… kena submit resume, pastu bincang sendiri!

Komen saya:
Kerja kat Bahrain ni lebih seronok bagi saya sebab boleh balik on-time. Tak perlu stayback sampai malam.. tak perlu datang hujung minggu…. Saya dengar kalau kerja kat Dubai, teruk juga sebab diorang memang kejar dateline… tapi compare kat Bahrain, ramai orang cakap lebih ok sebab tak se-stress di Dubai…(of course gaji kat sana, saya dengar lebih lumayana) tapi harus diingat.. kerja di mana2 pun sama… semua ada masalah sendiri, ok? Orang dah bayar gaji, mesti kerja, mah…

Thursday, October 30, 2008

Tahniah kepada pendengar Bertuah Putrafm!

TAHNIAH! Kepada Saudara Zairey yang telah berjaya menjadi pendengar Putrafm yang bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket ke Majlis Softlaunch Novel Tika Rindu Berlalu karya Lily Suriani dan Saat Kau Hadir karya Laila Kamilia. Saudara Zairey akan membawa sahabatnya Saudara Razif ke majlis tersebut yang akan diadakan di Pizza Hut Maju Junction, K. Lumpur pada 10.30 pagi 1 November ini! Tahniah dan teruskan mendengar Putrafm-Suara Kampus Terkini untuk mendengar lagu-lagu hit masa kini. Mana tahu di lain masa anda pula berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang lain!

Tuesday, October 21, 2008

Iklan Perjawatan

Putra FM masih membuka peluang kepada calon yang berminat untuk mengisi jawatan Penyampai Radio (B17) secara sambilan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Putra FM untuk maklumat sepenuhnya.

Friday, October 17, 2008

Saat Kau Hadir: novel terbaru saya: Sekarang di Pasaran


Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

Kakitangan Putra FM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UPM dan juga pendengar setia stesen ini.

Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Friday, September 19, 2008

kami masih seperti anda..

cm klaka la plak tgk blog putra fm ni wane ijo.. keh3!!~ tapi xmgpa.. sbb at least, masih ada blog ni tuk kami menulus isi2nye. trimas pada sume yg still dgrkan putrafm. pada mmber2, chatterzz2!!~ pada sape2 yg tetibe menegur n buzzz!! ed kat dlm konti 2. even ckp hai pown, ed da amat menghargai sokongan kalian!! hehehe...

pe nk citer ye?? insya-Allah, klu tarak aral melintang, warga putrafm nk wat jamuan cket tuk ahli2 n warganya. yela. da penat men'yumbang'kan sore deme. ni r time nk balas balik. pada dj2 student. keynah, achik-sori slalu sakat ko!!-, n one n only dj bi yang gempak+cun+terer bhse french=ummi... luv ya all. muahh!! untuk adek2 dj yg bru. yg da tue bangka pown... tanak sebot name kome rrh!! tq sososooooooooooo muchxx sbb sudi dtg gerak ke konti wlupon korg pown bz tahap gabus!!~ lalala... wlu ape pown!! syg kome sume!!~

aku masih disini... salam ihya' ramadhan!!~(^_____^)

Monday, September 15, 2008

Iklan Perjawatan

Putra FM sedang mencari calon yang berminat untuk mengisi jawatan Penyampai Radio (B17)secara sambilan. Untuk keterangan lanjut sila lihat iklan yang ditawarkan.














Thursday, August 28, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan

Seluruh warga kerja mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh pendengar Putra FM, semoga amal ibadah kita diterima olehNya.

Tuesday, June 3, 2008

Bon Voyage Putra fm.

aku mengambil kesempatan yang aku rasa perlu aku usulkan disini. selamat tinggal putra fm yang aku jangka telah mengajar aku seribu macam ilmu. mengajar aku erti persahabatan. mengajar aku erti etika kerja. mengajar aku erti kehidupan sebenar. pahit dan manis sudah ku rasa.
ribuan kata ampun dan maaf sekiranya aku pernah terkasar. maafkan aku kalau terlepas kata. segalanya aku minta kemaafan. halalkan ilmu yang pernah dicurahkan.
terima kaseh inginku ucapkan kepada rakan-rakan DJ yang aku ingat pernah bermesra denganku suatu ketika dulu.
  • Epul
  • Afzan (Nurul)
  • Edriana
  • Ghadaff
  • GG
  • Ben
  • Kak Iju
  • Ummi
  • Abg Yus
  • Dian
  • Rizal
  • Mus
  • Kinah

kepada staff-staff. aku ucapkan terima kaseh. terutama sekali Abg Naz dan Kamarul. yang banyak mengajar dan bergurau senda dengan aku. aku akan ingat sampai mati.

tidak lupa kepada penerbit. En Hazry. Thanks a lot for giving me this golden chance to be one of the team members.

kepada mereka-mereka yang aku tidak berapa akrab (Big Boi dan sesiapa yang aku lupa sebutkan seperti DJ-DJ baru) aku ucapkan semoga berjaya dengan putra.fm. bergeraklah seiring dengan putra.fm ke mercu kejayaan. aku pernah berada di tempat kamu.segala pahit maung juga pernah aku rasa.

kisah-kisah kita aku tutup dengan hati gembira. moga panjang umur dan jumpa lagi.

-official goodbye-

Thursday, May 22, 2008

KURSUS KEIBUBAPAAN : ANAK ISTIMEWA

Bidang Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jumlah pelajar istimewa di sekolah harian (integrasi ) dianggarkan kira-kira 12, 000 orang dengan bilangan guru seramai 4,000 orang. Data ini menunjukkan bahawa semakin hari semakin ramai pelajar istimewa di Malaysia. Pelajar istimewa ini mencakupi pelajar Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, Hipoaktif, Serebral Palsi Disleksia, Dispraksia dan sebagainya. Jelas ini menunjukkan satu pengurusan yang baik dan teratur demi membimbing anak-anak ini sangat diperlukan. Tanpa ilmu pengetahuan, maklumat dan tindakan yang betul dan wajar kita sebagai guru dan ibubapa mahupun masyarakat sudah tentu akan menghadapi masalah dalam menguruskan anak-anak istimewa anugerah Tuhan ini.

Sampai bilakah kita menjadi tempat mereka bergantung hidup? Sudah sampai masanya kita menggembleng tenaga dan usaha untuk memastikan anak-anak istimewa ini boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan sebaya mereka. Pelajar ini semestinya sudah boleh menguruskan diri mereka sendiri pada masa akan datang.

Oleh itu kursus ini dirangka bagi mencapai objektif yang berikut :
Pendedahan tentang Pendidikan Khas kepada guru, ibubapa mahupun Pembantu Pengurusan Murid juga individu yang berminat mengetahui dunia pendidikan khas dengan lebih mendalam.Menepati cara dan peraturan dalam menguruskan pelajar istimewa.Memberi kesedaran dan perasaan insaf kepada semua warga tentang Pendidikan Khas.

PENCERAMAH
Pegawai Jabatan Pendidikan Khas , Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajuk “ Anak Istimewa Satu Anugerah Bukan Bebanan”
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tajuk : Pengurusan Tingkahlaku
Pegawai Terapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajuk : Terapi Pertuturan

Butiran lain:
Tarikh : 14 hb Jun 2008 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 ptg Tempat : Dewan Perdana , Tingkat 1 , Bangunan Pasukan Briged Tengah PGA , Cheras (Berhawa Dingin).

Yang berminat sila emel Puan Haslina di lailakamilia@yahoo.com . Yuran hanya RM15 (nota, sarapan pagi dan makan tengahari). Sijil disediakan. Tempat terhad kepada 100 peserta sahaja.
"Tuntutlah ilmu hingga sampai ke liang lahad"