Saturday, December 26, 2009

Kegilaan Baru Dunia Cyber - Facebook!

Facebook telah mengumumkan bahawa jumlah penggunanya telah mencecah 350 JUTA! Satu angka yang sangat tinggi untuk laman web yang baru sahaja berumur 5 tahun sejak diasaskan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg (Zuckerberg adalah nama dalam Deutsch bermaksud "Gunung bergula") pada 4 Februari 2004.

Zuckerberg mencipta laman web Facebook ketika beliau belajar di Harvard University untuk rakan2 di universitinya berhubung. Ketika itu web itu cuma terhad untuk pelajar Harvard University sahaja, namun populariti laman web tersebut telah berkembang ke kolej dan universiti lain sekitar US dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.


Antara Fakta Menarik Facebook

Nama asal web tersebut ialah Facesmash

September 2008 Business Weeks mentaksirkan Facebook bernilai antara USD3.5 billion ke USD5 billion!

Yahoo!, Google dan Microsoft pernah berusaha untuk membeli Facebook secara tetapi tidak dijual oleh pengasasnya.

Seorang jutawan tidak dikenali pernah menawarkn USD750 juta untuk memiliki Facebook tetapi ditolak.

Facebook diblok di beberapa negara seperti Syria, Iran dan Vietnam.

Domain Facebook dibeli dengan harga USD200,000

Setiap hari purata 24 juta gambar diupload ke Facebook

Penangan facebook memang sukar dibuang. Hari-hari tanpa membuka laman web tersebut seakan hari tanpa televisyen agaknya. Namun kalau diambil yang positifnya juga banyak. Dengan facebook kita dapat berhubung semula dengan kawan sekolah rendah yang tidak pernah ditemui berpuluh tahun, sejak tamat sekolah rendah dahulu. Dengan facebook juga kita dapat dengar keluhan isihati rakan-rakan, dapat reunion dan lain-lain manfaatnya.

Macam-macam versi cerita yang kita dengar tentang Faceook. Tentang pemiliknya sebagai orang Yahudi. Tentang maklumat peribadi kita yang mudah diceroboh dan macam-macam lagi. Kita juga ada mendengar tentang bagaimana seorang ayah menjadi remaja di dalam Facebook kerana dikelilingi anak-anak remaja sebagai teman-temannya. Begit juga isteri yang curang kerana terjumpa kekasih lama di dalam Facebook. Atau anak remaja terjebak dalam kancah maksiat kerana didorong oleh teman Facebook. Minta dijauhkan Allah diri kita dari segala fitnah dan perkara yang menyesatkan.

Namun kalau kita pandai memanfaatkan facebook, Insyallah bermanfaatlah ia untuk diri kita. Cuma, jangan terlalu taksub dengan aplikasi yang kadang-kadang banyak membuang masa kita. Carilah yang positif dalam laman web tersebut untuk kehidupan kita di masa kini dan bekalan akan datang.

Selamat berFacebook.
-Laila Kamilia von Berlin, Germany
http://lailakamilia.blogspot.com

No comments: