Thursday, December 15, 2011



"In-campus Media Partner" of MESCORP 2011/2012

Friday, September 23, 2011

Sertai kami!

sebagai penyampai radio pelajar, sila layari web Putra FM untuk maklumat lanjut.

Tuesday, August 23, 2011

NOTIS

Dimaklumkan siaran rancangan Putra FM akan dihentikan untuk sementara bermula pada 29 Ogos sehingga 2 September 2011 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan akan kembali bersiaran seperti biasa mulai 5 September 2011.

Dalam tempoh tersebut pendengar boleh mengikuti web streaming Putra FM dengan alunan lagu-lagu pilihan terbaik dari kami.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pendengar Radio Kampus UPM.

Sekian dimaklumkan.


Penerbit Rancangan
22 Ogos 2011

Tuesday, August 16, 2011

Jom sertai Peraduan Novel Cinta Pandang Ke 2 Laila Kamilia

Untuk menyertai peraduan novel CPK2 ini sangat mudah.


SYARAT UTAMA:


1. Dapatkan novel Cinta Pandang Ke-2 di pasaran.

2. Jawab soalan berikut:
i. Namakan sekolah menengah Ainnur dan Zairul.
ii. Berikan nama tasik di Newcastle, UK yang disebut dalam novel ini. 
iii. Berapakah nilai wang yang dibayar Zairul bagi  membebaskan Ainnur dari tahanan di Phuket?

3. Sertakan slogan: “Saya meminati watak ........... dalam Cinta Pandang Ke-2 kerana ...... (tidak lebih  dari 15 patah perkataan).

4. Hantarkan jawapan dan slogan anda beserta nama penuh, nombor kad pengenalan (NRIC),  alamat rumah, alamat emel dan nombor telefon ke emel lailakamilia@yahoo.com (Letakkan Subject: Peraduan Cinta Pandang Ke-2)

5. Tarikh tutup penyertaan pada 16 September 2011.

6. Pemenang akan dihubungi oleh Laila Kamilia untuk penebusan hadiah.

SYARAT TAMBAHAN

1. Peraduan ini terbuka kepada SEMUA pembaca yang telah membaca novel CPK2 tidak kira di mana jua anda berada di muka bumi ini.

2. Jawapan yang tepat mesti diemel dan sampai sebelum jam 12 tengah malam tepat pada 16 September 2011.

3. Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 

4. Jika terdapat lebih dari seorang pemenang, pemenang utama adalah berdasarkan slogan terbaik.

5. Hadiah boleh dituntut daripada penganjur setelah pengumuman rasmi dibuat pada 23 September 2011. Sila beri masa kepada penganjur untuk menguruskan hadiah. 

6. Bagi hadiah utama, kekosongan bilik hotel adalah bergantung kepada hotel berkenaan. Pemenang boleh memilih salah satu hotel  tersebut tetapi tarikh muktamad dan pemilihan hotel adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Pemenang hadiah utama juga dikehendaki menghantar nama hotel yang dipilih beserta 3 tarikh pilihan kepada penganjur sekiranya diumumkan sebagai pemenang. Tempahan juga perlu dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penginapan dan tarikh terakhir penginapan mestilah tidak lebih dari 1 Mac 2012.

7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit tetapi penganjur berhak menukarkannya dengan hadiah yang  sama nilai dengannya. 

Mari bantu cari adik Ameerah


Tuesday, August 9, 2011

Iklan Perjawatan di Putra FM

Anda berbakat dan ingin bekerja sebagai Penyampai Radio?

Sila layari laman web Putra FM untuk maklumat lanjut.



Monday, June 20, 2011

Info Komuniti PFM




Untuk maklumat lanjut, layari www.pestabukuselangor.com atau www.ppas.gov.my

Wednesday, March 30, 2011

Info Komuniti PFM


Temui kami di sana...

Friday, March 25, 2011