Untuk menyertai peraduan novel CPK2 ini sangat mudah.
SYARAT UTAMA:
1. Dapatkan novel Cinta Pandang Ke-2 di pasaran.
2. Jawab soalan berikut:
i. Namakan sekolah menengah Ainnur dan Zairul.
ii. Berikan nama tasik di Newcastle, UK yang disebut dalam novel ini.
iii. Berapakah nilai wang yang dibayar Zairul bagi membebaskan Ainnur dari tahanan di Phuket?
3. Sertakan slogan: “Saya meminati watak ........... dalam Cinta Pandang Ke-2 kerana ...... (tidak lebih dari 15 patah perkataan).
4. Hantarkan jawapan dan slogan anda beserta nama penuh, nombor kad pengenalan (NRIC), alamat rumah, alamat emel dan nombor telefon ke emel lailakamilia@yahoo.com (Letakkan Subject: Peraduan Cinta Pandang Ke-2)
5. Tarikh tutup penyertaan pada 16 September 2011.
6. Pemenang akan dihubungi oleh Laila Kamilia untuk penebusan hadiah.
SYARAT TAMBAHAN
1. Peraduan ini terbuka kepada SEMUA pembaca yang telah membaca novel CPK2 tidak kira di mana jua anda berada di muka bumi ini.
2. Jawapan yang tepat mesti diemel dan sampai sebelum jam 12 tengah malam tepat pada 16 September 2011.
3. Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
4. Jika terdapat lebih dari seorang pemenang, pemenang utama adalah berdasarkan slogan terbaik.
5. Hadiah boleh dituntut daripada penganjur setelah pengumuman rasmi dibuat pada 23 September 2011. Sila beri masa kepada penganjur untuk menguruskan hadiah.
6. Bagi hadiah utama, kekosongan bilik hotel adalah bergantung kepada hotel berkenaan. Pemenang boleh memilih salah satu hotel tersebut tetapi tarikh muktamad dan pemilihan hotel adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Pemenang hadiah utama juga dikehendaki menghantar nama hotel yang dipilih beserta 3 tarikh pilihan kepada penganjur sekiranya diumumkan sebagai pemenang. Tempahan juga perlu dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penginapan dan tarikh terakhir penginapan mestilah tidak lebih dari 1 Mac 2012.
7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit tetapi penganjur berhak menukarkannya dengan hadiah yang sama nilai dengannya.
No comments:
Post a Comment