Thursday, March 20, 2008

Peluang Menang Hadiah kepada Peminat Novel


Kepada mereka yang sudah membaca novel Hak Cinta Terpelihara (HCT) karya Lynn Dayana terbitan Alaf21 Sdn Bhd., ini peluang anda untuk mendapat extra. Apa kata cuba masuk ke blog penulisnya di http://lynn-dayana.blogspot.com/ yang sedang menganjurkan kuiz kepada peminat yang telah membaca HCT. Bagi yang sudah menghafal jalan cerita HCT tentu boleh meneka jawapannya. Bagi yang belum membaca HCT, sila dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran. Masih belum lewat lagi untuk anda mendapatkannya kerana tarikh akhir menghantar kuiz ini 4 April nanti. Hadiahnya lumayan juga, iaitu baucer Pizza Hut masing-masing bernilai RM50 dan RM30. Selamat Mencuba!

No comments: