Friday, November 28, 2008

2 kekosongan sebagai QS di Bahrain

Entri ini dicedok dari http://umi-azrini.blogspot.com. Harap dapat panjang-panjangkan. Boleh tolong orang lain dapat rezeki.... Zaman gawat ni mana tahu ada orang yang berminat untuk berhijrah...

Kepada adik-adik yang berada di dalam bidang QS yang terbaca blog ini, atau sesiapa yang ada kawan yang berminat untuk bekerja di Bahrain sebagai QS, boleh emel resume kepada umi_azrini@yahoo.com...
Nanti saya forward. Bos department dari HQ minta tanyakan. Ada tak Malaysian yang berminat menjadi qs. Fresh graduate pun tak pe… janji kena pandai autocad! Di sini kebanyakan Filipino yang pandai buat measurement guna autocad. Tapi bos department tu prefer Malaysian. Katanya projek Royal! Itu saja yang dia nak, pandai autocad measurement… skill qs lain tu biasalah… buat measurement dari drawing, kena buat BQ… itu memang dah asas QS kan? Gaji? Hehe… I tak tahu… kena submit resume, pastu bincang sendiri!

Komen saya:
Kerja kat Bahrain ni lebih seronok bagi saya sebab boleh balik on-time. Tak perlu stayback sampai malam.. tak perlu datang hujung minggu…. Saya dengar kalau kerja kat Dubai, teruk juga sebab diorang memang kejar dateline… tapi compare kat Bahrain, ramai orang cakap lebih ok sebab tak se-stress di Dubai…(of course gaji kat sana, saya dengar lebih lumayana) tapi harus diingat.. kerja di mana2 pun sama… semua ada masalah sendiri, ok? Orang dah bayar gaji, mesti kerja, mah…

Thursday, October 30, 2008

Tahniah kepada pendengar Bertuah Putrafm!

TAHNIAH! Kepada Saudara Zairey yang telah berjaya menjadi pendengar Putrafm yang bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket ke Majlis Softlaunch Novel Tika Rindu Berlalu karya Lily Suriani dan Saat Kau Hadir karya Laila Kamilia. Saudara Zairey akan membawa sahabatnya Saudara Razif ke majlis tersebut yang akan diadakan di Pizza Hut Maju Junction, K. Lumpur pada 10.30 pagi 1 November ini! Tahniah dan teruskan mendengar Putrafm-Suara Kampus Terkini untuk mendengar lagu-lagu hit masa kini. Mana tahu di lain masa anda pula berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang lain!

Tuesday, October 21, 2008

Iklan Perjawatan

Putra FM masih membuka peluang kepada calon yang berminat untuk mengisi jawatan Penyampai Radio (B17) secara sambilan. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web Putra FM untuk maklumat sepenuhnya.

Friday, October 17, 2008

Saat Kau Hadir: novel terbaru saya: Sekarang di Pasaran


Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

Kakitangan Putra FM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UPM dan juga pendengar setia stesen ini.

Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Friday, September 19, 2008

kami masih seperti anda..

cm klaka la plak tgk blog putra fm ni wane ijo.. keh3!!~ tapi xmgpa.. sbb at least, masih ada blog ni tuk kami menulus isi2nye. trimas pada sume yg still dgrkan putrafm. pada mmber2, chatterzz2!!~ pada sape2 yg tetibe menegur n buzzz!! ed kat dlm konti 2. even ckp hai pown, ed da amat menghargai sokongan kalian!! hehehe...

pe nk citer ye?? insya-Allah, klu tarak aral melintang, warga putrafm nk wat jamuan cket tuk ahli2 n warganya. yela. da penat men'yumbang'kan sore deme. ni r time nk balas balik. pada dj2 student. keynah, achik-sori slalu sakat ko!!-, n one n only dj bi yang gempak+cun+terer bhse french=ummi... luv ya all. muahh!! untuk adek2 dj yg bru. yg da tue bangka pown... tanak sebot name kome rrh!! tq sososooooooooooo muchxx sbb sudi dtg gerak ke konti wlupon korg pown bz tahap gabus!!~ lalala... wlu ape pown!! syg kome sume!!~

aku masih disini... salam ihya' ramadhan!!~(^_____^)

Monday, September 15, 2008

Iklan Perjawatan

Putra FM sedang mencari calon yang berminat untuk mengisi jawatan Penyampai Radio (B17)secara sambilan. Untuk keterangan lanjut sila lihat iklan yang ditawarkan.














Thursday, August 28, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan

Seluruh warga kerja mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh pendengar Putra FM, semoga amal ibadah kita diterima olehNya.

Tuesday, June 3, 2008

Bon Voyage Putra fm.

aku mengambil kesempatan yang aku rasa perlu aku usulkan disini. selamat tinggal putra fm yang aku jangka telah mengajar aku seribu macam ilmu. mengajar aku erti persahabatan. mengajar aku erti etika kerja. mengajar aku erti kehidupan sebenar. pahit dan manis sudah ku rasa.
ribuan kata ampun dan maaf sekiranya aku pernah terkasar. maafkan aku kalau terlepas kata. segalanya aku minta kemaafan. halalkan ilmu yang pernah dicurahkan.
terima kaseh inginku ucapkan kepada rakan-rakan DJ yang aku ingat pernah bermesra denganku suatu ketika dulu.
  • Epul
  • Afzan (Nurul)
  • Edriana
  • Ghadaff
  • GG
  • Ben
  • Kak Iju
  • Ummi
  • Abg Yus
  • Dian
  • Rizal
  • Mus
  • Kinah

kepada staff-staff. aku ucapkan terima kaseh. terutama sekali Abg Naz dan Kamarul. yang banyak mengajar dan bergurau senda dengan aku. aku akan ingat sampai mati.

tidak lupa kepada penerbit. En Hazry. Thanks a lot for giving me this golden chance to be one of the team members.

kepada mereka-mereka yang aku tidak berapa akrab (Big Boi dan sesiapa yang aku lupa sebutkan seperti DJ-DJ baru) aku ucapkan semoga berjaya dengan putra.fm. bergeraklah seiring dengan putra.fm ke mercu kejayaan. aku pernah berada di tempat kamu.segala pahit maung juga pernah aku rasa.

kisah-kisah kita aku tutup dengan hati gembira. moga panjang umur dan jumpa lagi.

-official goodbye-

Thursday, May 22, 2008

KURSUS KEIBUBAPAAN : ANAK ISTIMEWA

Bidang Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jumlah pelajar istimewa di sekolah harian (integrasi ) dianggarkan kira-kira 12, 000 orang dengan bilangan guru seramai 4,000 orang. Data ini menunjukkan bahawa semakin hari semakin ramai pelajar istimewa di Malaysia. Pelajar istimewa ini mencakupi pelajar Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, Hipoaktif, Serebral Palsi Disleksia, Dispraksia dan sebagainya. Jelas ini menunjukkan satu pengurusan yang baik dan teratur demi membimbing anak-anak ini sangat diperlukan. Tanpa ilmu pengetahuan, maklumat dan tindakan yang betul dan wajar kita sebagai guru dan ibubapa mahupun masyarakat sudah tentu akan menghadapi masalah dalam menguruskan anak-anak istimewa anugerah Tuhan ini.

Sampai bilakah kita menjadi tempat mereka bergantung hidup? Sudah sampai masanya kita menggembleng tenaga dan usaha untuk memastikan anak-anak istimewa ini boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan sebaya mereka. Pelajar ini semestinya sudah boleh menguruskan diri mereka sendiri pada masa akan datang.

Oleh itu kursus ini dirangka bagi mencapai objektif yang berikut :
Pendedahan tentang Pendidikan Khas kepada guru, ibubapa mahupun Pembantu Pengurusan Murid juga individu yang berminat mengetahui dunia pendidikan khas dengan lebih mendalam.Menepati cara dan peraturan dalam menguruskan pelajar istimewa.Memberi kesedaran dan perasaan insaf kepada semua warga tentang Pendidikan Khas.

PENCERAMAH
Pegawai Jabatan Pendidikan Khas , Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajuk “ Anak Istimewa Satu Anugerah Bukan Bebanan”
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tajuk : Pengurusan Tingkahlaku
Pegawai Terapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajuk : Terapi Pertuturan

Butiran lain:
Tarikh : 14 hb Jun 2008 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 ptg Tempat : Dewan Perdana , Tingkat 1 , Bangunan Pasukan Briged Tengah PGA , Cheras (Berhawa Dingin).

Yang berminat sila emel Puan Haslina di lailakamilia@yahoo.com . Yuran hanya RM15 (nota, sarapan pagi dan makan tengahari). Sijil disediakan. Tempat terhad kepada 100 peserta sahaja.
"Tuntutlah ilmu hingga sampai ke liang lahad"

Tuesday, May 13, 2008

ehh?? kEnapa plak ni??

Huarghhh!!!!

Citer yang besh tarak tapi mau kongsi jugak!!! Rizal Razak yang sebelom nie, kome cume tau die adalah DJ Student kini udah menjadi staff kami di Putra FM. N aku nk ucapkan slamat datang kepada beliau kerana mahu menjadi team kami yang memang power of sengal. Yeahhh!! huahaha...

by da way...

2 jer citer aku tuk kali nih...
hehe...

citer ini di sahkan untuk di citer n di bacer oleh..


Mr. Potato

Thursday, April 24, 2008

Kuiz Menanti Kasih Norzailina Nordin


Semasa saya menemui novelis tersohor ini beberapa bulan lepas, dia memberitahu saya yang novel terbarunya akan muncul tidak lama lagi. Katanya kali ini Menanti Kasih berlainan sekali sentuhannya dari sentuhan novel sebelumnya. Kiranya kali ini gerenti jiwang karat punya! Ternyata apa yang Kak Lina kata memang benar! Dari komen yang saya dengar dan baca, kali ini novel Menanti Kasih betul-betul menyengat! Kepada yang telah memiliki novel ini, pastikan anda menjawab kuiz yang Kak Lina anjurkan. Lumayan juga hadiahnya. Tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2008. Maklumat lanjut tentang kuiznya sila ke http://norzailina.blogspot.com/ Jangan lupa menyertai kuiz Menanti Kasih ye... Kalau menang boleh shopping sakan. Selamat mencuba!


MENANTI KASIH Harga: RM19.90
Penulis: Norzailina Nordin
Halaman: 528ISBN: 978-983-124-361-9


Sinopsis: PERTEMUAN kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lama-ran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati?Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.

Monday, March 24, 2008

Pesta Buku Anatrabangsa KL


Kunjungi http://klbookfair.com/index.php/ untuk maklumat lanjut Pesta Buku kali ini. Seperti biasa PWTC menjadi gelanggang ribuan pencinta buku. Peluang bertemu penulis buku, bergambar dan mendapatkan tandatangan mereka selain merebut pelbagai hadiah dan diskaun hebat. Apa tunggu lagi... Sediakan wang secukupnya ye... 4 hingga 13 April 2008.

Thursday, March 20, 2008

Peluang Menang Hadiah kepada Peminat Novel


Kepada mereka yang sudah membaca novel Hak Cinta Terpelihara (HCT) karya Lynn Dayana terbitan Alaf21 Sdn Bhd., ini peluang anda untuk mendapat extra. Apa kata cuba masuk ke blog penulisnya di http://lynn-dayana.blogspot.com/ yang sedang menganjurkan kuiz kepada peminat yang telah membaca HCT. Bagi yang sudah menghafal jalan cerita HCT tentu boleh meneka jawapannya. Bagi yang belum membaca HCT, sila dapatkan segera di kedai-kedai buku berhampiran. Masih belum lewat lagi untuk anda mendapatkannya kerana tarikh akhir menghantar kuiz ini 4 April nanti. Hadiahnya lumayan juga, iaitu baucer Pizza Hut masing-masing bernilai RM50 dan RM30. Selamat Mencuba!

Wednesday, March 19, 2008

Aku kini menjadi lebih berani....

Aku lebih berani???

Aku kini lebih berani menerima kenyataan walaupun aku ni agak susuah nak terima kenyataan sebenar...hahahaha....Yela, mane xnye, dah nak abis blajar dah kan....Pasni nak koje plak....takpe la....walaupun tu tajuk utama yang aku nak cakapkan tp xperlula aku jelaskan dengan lebih lanjut..juz aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mad Hazrie yang dah pon berkahwin....Dont nakal-nakal anymore k....hahahahaha....ingat kami selamanya....kwan-kawan pon bole nak wish utk mad....xlambat lagi coz bahang malam pertama xabis lagi....hahahahahahahahahaha....

Thursday, March 6, 2008

byk assignment....

haluuuu....i'm back!i'm back!keynahlilboogie back!dh xde keja sgt, tu yg ingt nk merepek2 je dlm blog ni...nasib baik ada blog putrafm ni, bleh jd tmpt aku meluahkan mslh...hehehe
antara mslh2 yg dihadapi oleh aku mggu ni:
1) byk assignment
2) byk assignment nk kena anta
3) byk assignment nk kena anta mggu ni
4) byk assignment nk kena anta mggu ni ngan mggu dpn
5) byk assignment nk kena anta mggu ni ngan mggu dpn....huaaarghhh!!!
nnt aku tulis lg mslh2 yg aku hadapi mggu seterusnya plak ye...
pape pn, aku rndu nk g karaoke rmai2 lg...nnt kte g ye,ble assignment dh setel...muahahahahaha
last but not least, sntiasa dgrkan putrafm,90.7 =)

Tuesday, March 4, 2008



ni adalah di antara gmbr maser kami g cover album putih kat planet hollywood. aku, aiman n ben yg pergi n alhamdulillah, sumer berjalan ngan lancar. thanks to abg kamal yg layan kami cm VIP.. hehehe.... n thanks jugak tuk Ella coz sudi tangkap gmbr ngan kami. Shah as a singer dalam album ni mmg besh... luv u!! x lupe gak kt Man Kidal yg peramah tahap dewa.. sanggup dtg kat meja kami n shake hands with big boi n ben..n aku gak. hehehe.. yela... ikotkan kitorg ni bkn sape2 pon... THANK YOU SO MUCH DASE RECORD INC n last but not least to Abg Kamal... tq..
Yg atas skali 2, Abg. Kamal. gmbr bwh blah kiri, yg tgkp gmbr ngan aku 2... sumer org tau... Ella. gmbr yg tgh 2.. pemain gitar tuk Lefthanded.. sori bro!! luper name r.. hehehe.. n yg paling kanan.. Man Kidal... goreng gitar smpi terputus tali gitar die... perghhh!!! cket pny dasyat!! n yg paling bwh.. wat peace 2... Shah... :)..






















hahaha... sudahlah ko skin.. hehehe.. cmner leh ko luper password pon aku xtau.. hurmm.. 2 r... btol ckp skin, sedar x sdar, da msuk bln 3.. n aku pon da masuk 7 bulan da akukeje kat putraFM kecayunk-an aku nih.. hehehe...

crius mmg besh.. wlu pn pelbagai kutukan n pujian yg diberikan oleh pendengar, tapi kami ttp ceria gila2.. pale tingtoi pny... heheeh... all da besh my prenz....:)

sekarang dh bulan mac....

aku memang suka mengarang dlm blog ni...tp password t'lupa plak, so kena create account baru...sedey btul...huhu...pape pn,hidup putra.fm!hidup putra.fm!hidup putra.fm!
skrg dh bulan mac, cpt btul masa b'lalu...tup tup dh nk abih sem ni...
dgr cite aiman nk wat byk program utk dj student + putra.fm....ni yg best nih...xsabar2 rasanya nk tggu pe suprise yg aiman nk wat nnt...kpd rakan2ku di putra.fm, mizz u all so much...ben, GG, rizal as my dj senior; nurul yg partner ngan aku setiap selasa; ed yg xbleh nk pisah ngan novel dia; epul,mat ngan kamarul yg byk tlg aku; nazira yg slalu ajak aku kuar mkn,hehe; ummi yg aku jarang jmpa sbb xsama time masuk konti; abg naz ngan en.hazry yg byk bg nasihat; ain ngan achik yg seangkatan ngan aku; and the last but not least big boi yg memang best...hidup korg!hidup korg!hidup korg!
p/s: ada yg aku t'tinggal nk sebut nama dia ke?sori....

Tuesday, February 26, 2008

"TQ PutraFM..."


Gambar ni mmg cun dowh..


Aku tak ade ape2 nak komen or post ni....
tp aku kena post la bcoz aku kan sbahagian drp putrafm....
nway thnx to staff putrafm yang banyak bagi peluang kat aku utk teruskan jd deejay kat putrafm....banyak cabaran dan rintangan yang aku lalui sebagai sorg dj senior slain drp gg n ben...yang pasti korg yang banyak tolong putrafm ni pon hope korg teruskan la berbakti bersama putrafm...sebab golongan yang terpilih je yang dapat jd team putrafm ni nak plak join orang paling gila kuasa kat putrafm tu....sapa???tau2 je la....
nway...sampai disini saje la yang aku nak membebel...sekian...
kawan2 ku i luv u all....

Tuesday, February 19, 2008

Karnival IDEAL 17 @ Kolej ke 17 UPM

KARNIVAL IDEAL KOLEJ KE-17(IDEAL K-17)
16 dan 17 feb. 2008
@ Kolej Kediaman ke 17 berdekatan dengan Hospital Serdang.


Kepenatan...

Skandel??

Monday, February 18, 2008

aku hepi... =)

assalamualaikum...
pekaba suma?kalu org kedah tanya, apa habaq?
masuk hari ni, dah sebulan lebih aku jd dj student kat putrafm ni...
cam xcaya lak aku dapat membawa suara aku ke corong2 speaker akhirnya (tu pun kalu ada yg dengar putrafm la,muahahaha)...
so far,alhamdulillah...
aku semakin selesa kat cni...
mula2 sampai,aku cam mati kutu gak,cmne nak start sembang ngan dorg lain ni...giler gempak dorg ni...
tp sekarang suma dah ok,tambah2 plak skrg dorg dah ada modal nak gelakkan aku dgn cara aku gelak...sedih,beb...sob sob...huhu
salahkah aku gelak dengan hanya mengeluarkan bunyi 'hahahahaha'?
dorg ckp aku gelak cam dalam komik kartun...
tp xpe,sbb style gelak aku ni la aku dpt bersosial dgn dorg tanpa sbrg masalah (sbb asyik aku je yg kena kutuk)...
jd aku dah buat keputusan utk terus mengekalkan gelak aku walau papepun halangan menimpa...ye,aku tekad!
hehehe,dh cam dialog drama plak...
pape pun,thanks a lot pd suma dj2 senior yg sudi & yg dah byk sgt tolong aku dari awal aku kt cni lagi...
saaaaaayg korg suma...
so,lagu KAU ILHAMKU nyanyian manbai aku dedicate utk suma krew & dj putrafm...
nnt aku tulis blog lagi sbb aku mmg suka merapu...muahahahaha...

Sunday, February 17, 2008

Pertandingan Merekacipta Corak Untuk Tali Leher dan Tudung Korporat Kementerian Pertahanan

KAKEP akan menganjurkan satu pertandingan merekacipta corak untuk tali leher dan tudung korporat Kementerian Pertahanan.

Antara syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :

a) Hasil kreativiti mestilah melambangkan ciri-ciri Kementerian Pertahanan dan ATM.
b) Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia khususnya warga Kementerian Pertahanan awam dan Tentera.
c) Ciptaan mestilah asli dan tidak boleh diciplak.
d) Semua ciptaan yang dikemukakan adalah hak milik KAKEP dan tidak boleh dituntut oleh peserta.
e) Penyertaan adalah dalam bentuk kertas A4.
f) Keputusan pertandingan adalah muktamad.
g) Hadiah untuk merekacipta tali leher dan tudung masing-masing adalah seperti berikut:

Pertama: RM1,000.00 Kedua : RM700.00 Ketiga : RM500.00

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 25 Febuari 2008. Semua hasil rekacipta hendaklah sampai ke meja urusetia di alamat berikut :

Puan Azizah Bt Abd AzizUnit Kewangan,
Bahagian PentadbiranTingkat 2-14,
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

p/s:- so.. sesiapa yg ley buat design ni.. ley guna nama aku.. hehehe..

Thursday, February 14, 2008

yo yo...

aippp!!!! hehehe.. cm besh jer PutraFm da de blog...:) walau aku lewat kirim bingkisan... tapi aku tetap rase sonok....

hmmm... bulan 2 ni bz cket...
mcm2 nk kne wat....
ader karnival...
ader seminar..
leteh...
xdpt nk rehat2...
huhuhu...
tapi aku still enjoy...
coz i luv my job...(",)..

Tuesday, February 5, 2008

Logo Putra FM

Sesapa yg tak pernah tgok, inilah logo Putra FM..

Monday, February 4, 2008

selamat tahun baru cina

saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua kaum cina di seluruh dunia...hari ni dah dekat 4 minggu aku keje kat sini...pagi tadi datang...ed mesej dier demam amik mc ... tk per lah harap ko cepat sembuh yer ed....dari hari tue dier sakit...baru nak gie klinik....aku nak bawak dier tk nak gie....sampai jer aku gi beli makan dulu kan...kene ikut routine kan....sampai jer atas lepak lah makan ngan si mat...mat ni dj staff baru kami...selamat datang yer mat...make ur self feel at home....sekali sampai tgk kamarul dah ader ingat kan aku awal sekali mamat tue lagi awal...muke lain macam jer..ruper nyer dier pon demam...jadi tinggal aku ngan mat jer.....dari pagi hingga sekarang aku jer on air...nak buat macam maner bertugas nyer pasal...thanks to brother yus yang sudi buat kan website kami kasi cantik...aku busy yus kalau tak dah buat dah...siap ader blog lagi hebat tue....sekarang nie sambil buat blog ni aku on air buat segment sampaikan putra jadi dengarkan lah putra fm suara kampus terkini....aiman out

DJ BiG BOi in the house

its a good thing that putra fm have a blog now...i can write all my stories up in here...to all of our fan, a fan of mine and a fan of putra fm thanks you for maing us the number one campus radio in malaysia...even though that i only been here less then a month i already feel at home...thanks to every one here that welcome me with open arm and accepting me for who i am....to all that cannot accept me for me i dont are beause BiG BOi are here to stay...i will make sure that putra fm will one of the competitor out there and become one of the largest campus radio in malaysia...too all my Dj student 'jangan datang lambat nanti aiman marah' ( kata ed ) im only kiding aight people...let all of us make putra fm becoming the first campus radio to break the international market....this is me BiG BOi signing off

Dahsyat..

Eloo..

Wah dahsyat sekarang ek Putra FM, dah ada blog pulak. Bagus2! Perubahan. Ley la crew2 n x-crew Putra FM ley kongsi cerita kepada semua pendengar n peminat Putra FM.

Semoga Putra FM terus berkembang dengan Info2 plus Hiburan yang terkini.

Wednesday, January 30, 2008

Putra FM kini di blog pula

Eloo semua..
Dengan permintaan ramai.. Blog Putra FM ini muncul.. Terima kasih kerana menyokong Putra FM selama ini.
Terima kasihhh..